Monday 6 June 2016

::Kejadian di Malam Aidilfitri (Pengalaman Sendiri)::

Cerita ini berlaku pada tahun 2008 sewaktu malam raya. Sememangnya pada malam raya akan ada sale yang menggila di mana-mana shopping complex. Jadi, sebelum bermula cerita ini,  dinasihatkan agar anda tidak mengamalkan sikap kecuaian terhadap anak-anak. 

Selepas pulang kerja pikul 5 petang, kakak dan abang ipar mengajak saya berbuka di Secret Recipies di Subang Parade. Saya hanya mengikut sahaja kehendak mereka. Sedang sedap menjamu selera, mata saya terarah kepada pasangan suami isteri yang sedang leka berbual berhampiran sebuah eskelator. Di kedua belah tangan suami isteri itu penuh dengan beg plastik hasil pembelian di pasaraya tersebut.

Apa yang menariknya, mereka langsung tidak perasan akan si anak yang mula memanjat  dinding eskelator itu. Saya bagai dipukau untu terus melihat aksi budak perempuan tersebut (lingkungan 3,4 tahun) tanpa apa-apa tindakan. Dan hanya seketika saya menjerit sebelum kanak-kanak perempuan tersebut jatuh dari eskkelator itu. Kepalanya terhantuk di bucu meja yang sememangnya terdapat betul-betul di bawah tangga bergerak tersebut. Mujur tidak terkena pada mangkuk kaca yg sememangnya telah terletak di atasnya. Tidak cukup dengan itu, badannya yang lemah menggelongsor kuat jatuh di atas kerusi dan menyebabkan kerusi tersbut pecah. Pada hemat saya, mujur sekali kepalanya tidak tercucuk dengan besi pada kaki kerusi sebelum terbaring di atas lantai.

Kanak-kanak tersebut sempat menangis hanya beberapa saat sebelum abang ipar saya bergegas mengangkatnya. (sememangnya kejadian tersebut berlaku betul-betul di hadapan saya dan sepatutnya tidak boleh segera diangkat kerana bimbang terdapat kecederaan dalaman). Kepala kanak-kanak perempuan yang berambut kerinting berdarah. semerta saya melihat kelibat pasangan tadi yang tergopoh-gapah mendapatkan anak mereka. Bagai orang gila mereka berdua mencari pintu keluar kecemasan.

Jadi kepada pasangan yang sudah mempunyai anak, pesan saya... shopping, shopping juga. tapi jgn terlalu alpa akan anak sendiri..kelak menyesal tak sudah...
ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG WAJIB KITA JAGA SEBAIKNYA. wallahua'lam. semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana bahaya. Amin ya rabbal a'lamin...

No comments:

Post a Comment