Tuesday 7 June 2016

::Bisa::

Bicara rindu menukar rasa
Hidup rindu alam bercinta
Zahir rindu pada yang tiada
Hilang rindu tika bersama.


Tiada itu pada kita,
Ia ada pada dia
Kata-kata tanpa nista
Hilang pautan tiada kesannya.

Aku dia sudah tiada
Duniawi ukhrawi bukan tempatnya
Nurani suci bahagia menjelma
Di situlah hening bersanding berasmara.

Kata ini bukan kataku
Ilham hadir bersama hantu
Jangan direnung pangkal dan hulu
Transliterasi maksud menjadi lagu.

Pusaka lama jangan diabai
Cuba faham apa disampai
Jangan sesekali menuai cuai
Kelak diri tersiksa diabai.

::sofya_hamid::

::Tersembunyi::



~~Peti besi peti rahsia,
~~Mencari kunci di mana adanya,
~~Petua diberi ada mantranya,
~~Mantra pengasih itu namanya..

~~~~Saka lama di dalam dada,
~~~~Surat rahsia berbunga-bunga,
~~~~Seputih melur seharum baunya,
~~~~Berdiam elok di dalam rahsia.

~~~~~~Gema bertakbir seluruh buana,
~~~~~~Menyambut kasih ketemu jalannya,
~~~~~~Hiruk-pikuk hilang semuanya,
~~~~~~Hanya hening bersulam asmara.

Monday 6 June 2016

::Rahsia::

Puisi aku bukan bercerita tentang manusia,
Puisi aku hanya tentang dia,
Hantu syaitan bukan tandingnya,
Iman aqidah kunci rahsia.



Merobek dada mencari cinta,
Bukan pada bangsa manusia,
Sinis kedengaran bila tersalah sangka,
Rindu bertautan jika fahami makna.

Tiada kau...aku tak hairan,
Tiada dia...aku terkaparan,
Rahsia makrifat dalam kematian,
Asalkan syariat tidak bertaburan.

Kau pergi...aku gembira,
Dia hilang...aku merana.

Kau hadir...tiada ku peduli,
Dia tajalli...hilanglah diri.

::sofya_hamid::

::VIDEO ONE SHOT


Video one shot

Tajuk: Gelora

Penyanyi Asal : P. Ramlee dan Saloma

Nama Pelajar : Nor Sofiah binti Abdul Hamid (J44675)
Nama Pasangan :Mohd Azwan b Abdul Latib (Suami)


::Kejadian di Malam Aidilfitri (Pengalaman Sendiri)::

Cerita ini berlaku pada tahun 2008 sewaktu malam raya. Sememangnya pada malam raya akan ada sale yang menggila di mana-mana shopping complex. Jadi, sebelum bermula cerita ini,  dinasihatkan agar anda tidak mengamalkan sikap kecuaian terhadap anak-anak. 

Selepas pulang kerja pikul 5 petang, kakak dan abang ipar mengajak saya berbuka di Secret Recipies di Subang Parade. Saya hanya mengikut sahaja kehendak mereka. Sedang sedap menjamu selera, mata saya terarah kepada pasangan suami isteri yang sedang leka berbual berhampiran sebuah eskelator. Di kedua belah tangan suami isteri itu penuh dengan beg plastik hasil pembelian di pasaraya tersebut.

Apa yang menariknya, mereka langsung tidak perasan akan si anak yang mula memanjat  dinding eskelator itu. Saya bagai dipukau untu terus melihat aksi budak perempuan tersebut (lingkungan 3,4 tahun) tanpa apa-apa tindakan. Dan hanya seketika saya menjerit sebelum kanak-kanak perempuan tersebut jatuh dari eskkelator itu. Kepalanya terhantuk di bucu meja yang sememangnya terdapat betul-betul di bawah tangga bergerak tersebut. Mujur tidak terkena pada mangkuk kaca yg sememangnya telah terletak di atasnya. Tidak cukup dengan itu, badannya yang lemah menggelongsor kuat jatuh di atas kerusi dan menyebabkan kerusi tersbut pecah. Pada hemat saya, mujur sekali kepalanya tidak tercucuk dengan besi pada kaki kerusi sebelum terbaring di atas lantai.

Kanak-kanak tersebut sempat menangis hanya beberapa saat sebelum abang ipar saya bergegas mengangkatnya. (sememangnya kejadian tersebut berlaku betul-betul di hadapan saya dan sepatutnya tidak boleh segera diangkat kerana bimbang terdapat kecederaan dalaman). Kepala kanak-kanak perempuan yang berambut kerinting berdarah. semerta saya melihat kelibat pasangan tadi yang tergopoh-gapah mendapatkan anak mereka. Bagai orang gila mereka berdua mencari pintu keluar kecemasan.

Jadi kepada pasangan yang sudah mempunyai anak, pesan saya... shopping, shopping juga. tapi jgn terlalu alpa akan anak sendiri..kelak menyesal tak sudah...
ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG WAJIB KITA JAGA SEBAIKNYA. wallahua'lam. semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana bahaya. Amin ya rabbal a'lamin...

::Tika Ramadhan ::



Rindu melihat mawar berkembang,
Di balik gubahan si bunga melur,
Esok Ramadhan akan bertandang,
Latihlah diri bersikap luhur.


Bunga matahari cantik mekarnya,
Berdiri megah di tengah halaman,
Bermohon maaf tak nanti raya,
Boleh juga di bulan Ramadhan.


Putih bersih kembangnya melur,
Tersusun indah di dalam taman,
Malam ini jangan lupa bersahur,
Sebagai permulaan menyambut Ramadhan.


Tak lupa terawih di bulan puasa,
Mencari kelebihan mengumpul pahala,
Seribu satu hikmah ada di dalamnya,
Amalan lain jangan tiada.


10 terakhir Lailatul Qadar,
Ada juga Nuzul Quran,
Hanya amalan kayu penyandar,
Carilah ia dalam Ramadhan.


Bertitik tolak dari usaha,
Menjadi tabiat dalam iman,
Sebelum raya kena puasa,
Ilmu baru tentang 'kefakiran'.


Pantun bercanggah dari hati,
Lain dikarang lain terjadi,
Niat di hati tidak tertajalli,
Akibat idea berterabur lari.


♡♡SofyaHamid♡♡