Thursday 21 April 2016

::INSTAGRAM::

Tajuk 1 :  5 'Captions' di Instagram

Caption 1


Caption 2


Caption 3


Caption 4


Caption 5


Tajuk 2 : 5 Komen di Instagram Kawan


Komen 1


Komen 2



Komen 3



Komen 4



Komen 5


Saturday 16 April 2016

::SINOPSIS NOVEL: Jurig Jarian::



Arya seorang pelajar di dalam kelas 2 IPA-1 di Sekolah Menengah Atas Nusantara berasal dari keluarga yang susah di mana keluarganya tinggal di daerah Bandung. Sementelah bapanya meninggalkan mereka untuk bersama dengan wanita lain, Uncle Samuel seorang anggota polis yang pernah berjiran dengannya mengajak Arya untuk tinggal di Jakarta bersama dengannya bagi mengurangkan beban ibunya. Namun, setelah kematian Uncle Samuel, Auntie Stefanie (isteri Uncle Samuel) bersama dua orang anaknya hendak berpindah ke Jogja. Namun, dia sempat menghulurkan sejumlah wang kepada Arya dan menasihati Arya agar pulang ke Bandung. Tetapi Arya tidak berhasrat untuk itu.

Melalui satu insiden kes buli telah menjadikan Arya berkawan rapat dengan Raksa apabila Arya menyelamatkan Raksa dari terus dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya. Raksa merupakan sepupu kepada Justitia iaitu rakan sekelas Arya. Ketika Raksa membelanja Arya makan di sebuah gerai sebagai tanda berterima kasih, Satria telah menghubungi telefon bimbit Raksa dan menyatakan bahawa dia menjumpai sepucuk surat lama di dalam almari datuknya. Pada masa yang sama, Raksa juga berhasrat untuk memperkenalkan Arya kepada Satria.

Di rumah Satria, mereka bertiga membelek surat yang dikatakan oleh Satria. Walau bagaimanapun, Satria dan Raksa tidak memahami isi surat itu. Namun, Arya dapat memahami isi surat yang berbahasa Sunda memandangkan dia merupakan anak kelahiran Sunda. Isi surat itu menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada lima puluh tahun lampau di mana kehilangan sepasang suami isteri bersama harta kekayaan mereka secara tiba-tiba. Bahkan rumah kediaman mereka juga turut lenyap tanpa meninggalkan sebarang sisa.

Perkara ini berjaya menarik minat 3 orang remaja tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai misteri itu. Mereka bercadang untuk mengunjungi tempat yang digelar Bukit Jarian. Sangat menguntungkan kerana Bukit Jarian terletak berhampiran dengan kampung Arya. Selain mereka bertiga, Justitia juga ingin menyertai pengembaraan tiga remaja lelaki tersebut.

Tiba hari yang ditetapkan, mereka berempat menaiki bas eksklusif menuju ke Bandung. Sebelum meneruskan perjalanan menuju ke rumah ibu Arya, mereka singgah di rumah Irwan seorang lelaki yang dianggap abang kandung oleh Arya. Irwan merupakan seorang penulis bebas dan pernah menkaji tentang misteri Bukit Jarian. Walau bagaimanapun, kajiannya tergendala dan tidak  sampai ke penghujungnya. Setelah berbincang, Irwan bersetuju untuk menyertai mereka menyelongkar misteri Bukit Jarian.

Di kampung Arya, mereka bertemu dengan Rika seorang gadis yang pernah menjadi rakan sepermainan Arya ketika kecil.Setelah Arya menerangkan niatnya pulang ke kampung selain melampiaskan rasa rindu kepada ibu dan adik perempuannya, Rika memutuskan untuk turut menyertai mereka ke Bukit Jarian.

Setibanya mereka di Kampung Bukit Jarian, Irwan memaklumkan bahawa mereka akan menumpang tidur di rumah Aki Amri. Cadangan itu disambut baik dan kedatangan mereka juga disambut baik oleh Aki Amri.

Pada malam pertama menginap di rumah itu, telah berlaku pelbagai kejadian yang tidak diingini. Antaranya Satria yang telah diganggu oleh seorang penjual sate. Sedar dirinya tidak mampu untuk mengejar pejual sate yang bergerak pantas, dia menahan sebuah kereta kuda yang kebetulan melintasi di hadapannya. Di dalam kereta kuda itu turut menumpangkan dua orang wanita yang kelihatan agak ganjil. 

Gangguan yang kedua diterima oleh Rika yang berasa dahaga lalu berjalan menuju dapur untuk meneguk segelas air. Di dapur, Rika terserempak dengan seorang perempuan berambut panjang dan berselendang putih sedang melahap sesuatu. Namun, Rika tidak ambil peduli akan hal itu kerana menyangka wanita itu isteri kepada Hadek, iaitu anak saudara Aki Amri. Begitu juga dengan Justitia dan Raksa yang turut menerima gangguan yang menakutkan.

Keesokan harinya, setelah keluar melihat-lihat keadaan di  sekitar Bukit Jarian, mereka berenam duduk bersantai di ruang tengah rumah Aki Amri. Irwan memaklumkan bahawa lembaga yang dilihat oleh Justitia pada malam sebelumnya merupakan salah satu Jurig Jarian yang dipanggil Nini Engklek (Jurig Jarian yang tidak mempunyai kaki). Irwan menambah, terdapat dua lagi Jurig Jarian lain iaitu Jurig Cewaw (hantu bermulut besar) dan Jurig Sepotong.

Setelah mendengar cerita daripada Irwan, Justitia dan Rika mengambil keputusan untuk pulang dan tidak mahu menyertai aktiviti keempat-empat lelaki itu. Justeru, Irwan mengarahkan Arya untuk menghantar Justitia dan Satria pula menghantar Rika. Mereka terpaksa bergerak secara berasingan memandangkan Rika tidak mahu tergopoh-gapah berjalan dalam hujan dengan keadaan yang licin. Justitia adalah sebaliknya.

Disangka masalah akan selesai, rupanya keadaan bertambah rumit apabila Arya dan Justitia, Satria dan Rika tersesat dan terperangkap dalam dunia Jurig Jarian. Dunia yang tiada siang. Mereka semakin tertekan apabila menjadi buruan Nini Engklek dan Jurig Cewaw.

Dalam masa yang sama, Irwan dan Raksa berjalan mengharungi pekat malam menuju ke Bukit Jarian. Mereka juga tidak terlepas dengan gangguan apabila diganggu dengan sebuah kereta kuda yang dipacu oleh seorang lelaki dan menumpangkan tiga orang penumpang. Wajah mereka masing-masing menakutkan dan mengerikan. Namun, Irwan dan Raksa tidak diapa-apakan oleh pemandu dan penumpang kereta kuda tersebut.

Dalam keadaan yang mengelirukan, mereka telah diselamatkan oleh seorang gadis asing yang bernama Mahasari. Mahasari berjaya menakutkan ketiga-tiga Jurig dengan hunusan parangnya. Namun, kesaktian parang tersebut tidak mampu untuk melenyapkan ketiga-tiga Jurig. 

Irwan dan Raksa merupakan orang terakhir yang diselamatkan oleh Mahasari. menurut Mahasari, sebelum ketiga-tiga Jurig Jarian bergabung, mereka harus keluar dari alam Jurig dengan segera, jika tidak mereka akan terurung selama-lamanya di situ. Mendengar akan hal itu, Irwan dan Raksa bergegas menyertai Mahasari dan empat rakan mereka yang sedia berdiri di dalam satu lingkungan bulatan yang dilukis oleh Mahasari menggunakan parangnya. 

Belum sempat berbuat apa-apa, ketiga-tiga Jurig sedia bergabung untuk menyerang mereka. Kini , mereka berhadapan dengan tiga hantu yang mengerikan. Bimbang akidah terpesong kerana terlalu mempercayai parang sakti, segera Mahasari memperbetulinya dengan mengatakan bahawa Allah Maha Berkuasa. Serentak itu, cahaya kuning keemasan menyelubungi mereka. 

Akhirnya mereka berjaya keluar dari alam tanpa siang. Sebelum melangkah melangkaui bulatan yang dilukis oleh Mahasari, gadis itu segera menusuk parangnya jauh ke dalam tanah. Menurutnya, selagi parang itu tertanam, Jurig Jarian tidak akan berjaya menembusi keluar ke dunia manusia.

Namun, seseorang telah menarik keluar parang Mahasari dari tempat tusukannya setelah mereka jauh beredar dari tempat tersebut...

Friday 15 April 2016

::TWITTER~~



Tajuk 1 : Kata-Kata Hikmah 



Kata-kata hikmah 1



Kata-kata hikmah 2



Kata-kata hikmah 3



Kata-kata hikmah 4



Kata-kata hikmah 5



Tajuk 2 : 5 Komen di Twitter Kawan



Komen 1




Komen 2



Komen 3




Komen 4




Komen 5






::FACEBOOK~~


Tajuk 1 : Lagu



Lagu 'Kala Hujan' dinyanyikan oleh Zamani kumpulan Slam. 
Lirik lagunya ditulis oleh Loloq dan gubahan lagu oleh Aidit Alfian




Tajuk 2 : Balasan Jawapan Dalam Pantun 3 Kerat


Status Dalam bentuk Pantun Tiga Kerat



Balasan Jawapan 1




Balasan Jawapan 2 dan 3




Balasan Jawapan 4




Balasan Jawapan 5